Tuesday, 2 June 2020

Corningware Viral

Semenjak dua menjak ni harga corningware di jualan aplikasi Mudah, Carousell, Lazada dan Shoppe meningkat naik dengan mendadak. Harga yang ditawarkan sangat lah tidak masuk akal. Siapa lah nak beli harga sampai 20k atau berKK lah senang citer. Berpada-pada lah letak harga tu janganlah terpengaruh sangat dengan harga viral di eBay dan laman web propa yang suka-suka buat onar yang mengatakan beberapa design atau corak yang dikatakan harga boleh mencecah beribu-ribu. Antara design tersebut " Spice of Life, Cornflower, Wildflower dan beberapa design yang lain. Dikatakan corak tersebut semakin susah dan mendapat permintaan tinggi di United States. Tetapi sangkaan tersebut tidak benar kerana ada pihak yang ingin menipulasi harga corningware tersebut dengan mengambil untung cepat, senang citer nak cepat kaya. Siapa yang terikut-ikut cepat-cepat la sedar. Lain lah barang tersebut N.O.S. boleh la up sikit harganya tetapi biarlah berpada-pada dengannya. Antara corak menjadi buruan peminat corningware di negara kita ialah Spice of Life. Tengok lah masa raya atau jamuan-jamuan tertentu. Pastinya corak Spice of Life menjadi pilihan, termasuklah mak aku.

Spice of Life. Gambar diambil melalui Google. Corak yang paling di idam-idamkan peminat di Malaysia. Ia mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminat. 

Garden Harvest. Imej diambil dari Google. 

Wildflower. Imej diambil dari Google. 

Sunsations.