Hari ini berkesempatan untuk hunting ke Pasar Karat yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Rope Walk atau Pasar Karat Jalan Kulit. Tapi sayangnya sampai di sana lambat dan hujan turun secara tiba-tiba. Tidak berkesempatan untuk menjengok ke tempat lain sebab peniaga sudah kemaskan barang masing-masing kerana hujan sudah pun turun. Mungkin Kali ini tiada rezeki yang memuaskan. Mungkin lain kali. Beberapa gambar yang hanya sempat diambil. Dibuka setiap hari dari awal pagi se elok-eloknya lepas subuh sehingga jam 12:00 tengahari. Waktu yang paling orang bagi cadangan adalah pada hari sabtu dan ahad. Pada hari minggu ramai peniaga yang turun, kemungkinan barangan yang kita mahu ada pada hari tersebut.
Hasil tangkapan dari road walk. Emblem empire cycle dengan Raleigh Nottingham.
No comments:
Post a Comment