Sunday 30 October 2016

Mug Cadbury Malaysia

Vintage mug Cadbury versi Malaysia dan Singapura.




Milk Glass Mug Tea Boh


Diperkenalkan oleh Usahawan Inggeris yang bernama J.A. Russell. Teh ini mula ditanam ditanah tinggi Cameron Highland pada tahun 1929. Sehingga sekarang teh ini bertahan di Malaysia. Pelbagai perisa teh yang di keluarkan oleh syarikat ini. Teh ini senang untuk kita dapati dikedai runcit mahupun di pasar raya besar.

1929-1989
Mug ini sempena 60 tahun bertapak di Malaysia

Bunga biru

Bunga merah


Cenderamata Dari Belanda






KLM Bluedeft

Saturday 15 October 2016

Dutch Lady (Friesland Campina B.V. Holland)

History
Syarikat Dutch Lady mula bertapak di Malaysia pada tahun 1960s di bawah syarikat susu terbesar belanda iaitu Friesland Campina yang berpangkalan di Belanda.


 Cap Dutch Lady 


 Dutch Baby


Dutch Lady & Dutch Baby

F&N (Fraser and Neave)

Sejarah F&N
Fraser and Neave, Limited (F&N) di tubuhkan oleh dua orang inggeris iaitu, John Fraser and David Chalmers Neave, pada tahun 1883. Syarikat ini berpangkalan di Singapura. F&N  produk ialah makanan dan minuman.








Thursday 28 July 2016

JAJ/Pyrex England KENT!!!........

Dikirim dari Australia negara kangkaroo. Corak ini amat popular di negara sana. Buatan dari tanah Inggeris ini membuatkan surirumah terpesona melihatnya. Kacanya yang tebal dan tahan lasak dalam pelbagai keadaan. Set Pyrex ini popular semasa dihidangan makanan terutama pada hari Raya atau hari-hari kebesaran tertentu. Kaca pyrex sangat popular pada masa tahun 60an sehingga sekarang. Ia menjadi hidangan wajib pada hari tersebut bersama Pyrex.

Kent. 



JAJ/Pyrex England TOLEDO!!!........


JAJ Pyrex buatan England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿. Corak geometri yang sangat menarik serta warna yang digunakan sangat sesuai dengan keunikan corak geometrinya. 

524 casserole

524 casserole

509 casserole

505 casserole

660 oval plate

555 big casserole

535 roadster baker. Penutupnya dikatakan susah untuk mencari ganti jika ianya pecah. 

Cindy bowld Medium. 

Cindy bowld Small. 

Hanya 2 sahaja yang tinggal. 

Toledo. 





Saturday 4 June 2016

Iklan dan Poster Pyrex

Foto by : Mie Broker (facebook)
Gambar syarikat pengedar James A. Jobling pyrex yang sah di Malaysia, syarikat J.L. Morison. Son & Jones Berhad yang terletak di Petaling Jaya Selangor. Ada lagi ke tak syarikat ni kat PJ.. Terima kasih kepada Tuan punye gambar Mie Broker (Facebook).

Friday 3 June 2016

JAJ Clear Pyrex

230

230
JAJ Pyrex ini dijumpai semasa bercuti di Batu Kurau, Taiping Perak. Semasa di Batu Kurau Perak, singgah sekejap kedai barangan lama, Sambil tengok-tengok belek-belek jumpa si kecil ni yang cedera, walaupun dah cedera ia tetap rare. Buatan England.

102

135
Dapat semasa outstation Johor Bharu.




Friday 20 May 2016

JAJ/Pyrex England WESTMINSTER!!!........


Pyrex Westminster dilahirkan pada Januari 1981 di Sunderland England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿. Corak ini hanya untuk pasaran Asia Tenggara (South East Asia) sahaja termasuk Malaysia dan Singapura. Corak sebegini jarang dilihat diluar negara, terutama negara eropah dan sebagainya termasuk negara kelahirannya sendiri. Ada juga pengumpul dari sana minta beli Pyrex Westminster ni. Tapi susah nak post satu hal, harga posting pun satu hal lagi mahalnya. Satu hal laginya takut pecah. Set hidangan Pyrex amat popular dihidangkan semasa hari Raya Aidilfitri. Kalau dapat dilihat disini semasa berkunjung ke rumah saudara-mara mahupun sahabat handai, set Pyrex ini ada juga dihidangkan diatas meja semasa hari Raya. Tetapi tidak sebanyak corak Autumn Glory, June Rose dan Chelsea, ketiga-tiga corak tersebut memang banyak ditemui semasa dihidangan pada Hari Raya. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga corak tersebut amat popular di negara kita dan senang ditemui didalam gobok lama. 

513 Casserole. 

Casserole. 

505 Casserole. 

535 Roadster baker. 

711 butter dish. 
Masih mencari 5 biji lagi. Rasenya sekarang harga dah meningkat naik. 

662 cereal bowl. 
Pun sama masih mencari lagi untuk lengkapkan setnya. 

657 sugar dish. 

653🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿🇬🇧
Limited Edition Plate. 
Yang ni paling susah nak dapat. Kalau dapat beruntunglah badan. 


654 plate. 

626 saucer. 

Cup and saucer. 

Set cawan belum lengkap lagi. Masih mencari 2 biji lagi.

 Paling susah nak jumpa. 

Set creamer Westminster. Nasib badan jumpe jugak akhirnya. Dah lama mencari akhirnya timbul jugak. 

Cereal bowl and sugar bowl. 

Westminster plate and saucer. 

Westminster plate and saucer. 
Ni pun sama tak cukup jugak setnya. Masih mencari lagi. 

Complete set casserole. 

Westminster ada beberapa set lagi yang belum dapat antaranya bekas tiga segi. Rasanya yang tiga segi pun paling payah nak dapat. 

WESTMINSTER
Koleksi masih tak cukup lengkap. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿🇬🇧

Westminister January 1981.

Westminister versi 1.0




Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang