Sunday 29 September 2019

Luminarc Mug Elise

Mug keluaran era 2000 Luminarc bunga Elise yang paling laris jualan selepas design Romantique, Victoria dan Veronica. Keluaran kedua selepas jenama Arcopal France. Hasil tangkapan untuk hari ini dari barangan terpakai UK.
Elise.



Kombinasi Tiga mug. 


Cop dari ARC France.


Antara yang menarik mug ini, iaitu dihasilkan oleh teknologi yang tinggi dari perubahan suhu yang sejuk kepada suhu yang panas. Tidak seperti mug-mug yang lain. Kalau diuji dari sejuk ke panas memang akan pecah. Tidak bagi jenama Luminarc keluaran tahun 2000 keatas ianya tahan daripada perubahan suhu.

Monday 23 September 2019

Vintage Arcopal Mug Flandres

Vintage mug arcopal France corak Flandres. Ia popular pada era 70an. Mug ini diketogerikan vintage, rare dan retro.

Flandres.



Cop dari arcopal France.

Friday 20 September 2019

Basikal Tua Kg Kebun Baru

Sambil menjalankan tugasan luar Kesihatan di Kampung Kebun Baru, ternyata terjumpa dengan rumah respondant yang meminati gerek tua juga. Basikal miliknya jenis Raleigh Nottingham England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿, saiz basikal 28. Tersimpan rapi didalam rumah kerana takut kena curi nanti. Pernah orang tawarkan dengan harga tinggi basikal ini, namun jualnya tidak, kerana basikal ini basikal turun temurun milik keluarganya.

Logo dari Raleigh Nottingham England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿. 

Dari sudut pandangan hadapan. 

Dari sudut pandangan hadapan. 

No Siri basikal dibawah Seat basikal. 


Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang