Saturday 5 September 2020

Basikal New Hudson Malaysia 26 Gents

 Basikal New Hudson gents keluaran dari Batu Tiga Malaysia 🇲🇾. Proses pembikinan sedang dijalankan dimana rangka dan alat-alat ganti perlu dicari bagi melengkapkan ia menjadi sebuah basikal yang sempurna. Asalnya beli rangka badan basikal daripada group basikal tua dari seller yang berpengalaman dalam dunia basikal tua. Terima kasih kepada seller sudi menjualnya kepada saya. Satu pertemuan, perbincangan dan perkongsian menarik dari seller semasa C. O. D. rangka basikal dirumahnya di Shah Alam. Insyallah ada kelapangan masa boleh kita berjumpa lagi di masa yang akan datang. Beberapa alat ganti yang perlu dicari dan disediakan, ia akan memakan masa dan wang ringgit. Itu bukan lah penghalang bagi sesiapa yang meminatinya untuk menyiapkan sebuah basikal.

Sepasang rim basikal saiz 26 depan dan belakang dari jenama biasa. 

Handle basikal dari Raleigh Industries (RI). 

Handle cop orang tua atau Raleigh Industries (RI). 

Break basikal dalam bungkusan. 

 

Sepasang break depan dan belakang cop orang tua atau Raleigh Industries (RI). 


Seat basikal jenama biasa.

Setelah sekian lama body basikal ini tersadai di bawah katil akhirnya siap juga ia disatukan.

Perlu dicat baru. Mungkin warna sesuai merah denganya. 

New Hudson Malaysia 🇲🇾. 

New hudson dari keluaran Batu Tiga. 

Sudah dicat Baru. 

Kita kasi kikis karatnya nanti.

Basikal New Hudson Batu Tiga Malaysia 🇲🇾









Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang