Saturday 26 October 2019

Koleksi Mug Duralex


Duralex jenama tidak asing lagi dinegara kita. Kebanyakkan orang Kita menggunakan kaca ini untuk kenduri-kendara, kegunaan harian mahupun dikedai-kedai makan. Banyak memori dan kenangan dengan kaca ini, dimana setiap kali kenduri-kendara kebanyakkan orang dikampung menggunakan kaca ini. Kacanya juga tahan lasak dan tahan panas. Kaca Duralex didatangkan pelbagai warna antaranya ialah biru, hijau, putih, oren cosmos dan kelabu. Kebanyakkan atuk dan nenek setiap kali datang rumah atau hidangan petang mesti menggunakan kaca ini termasuk pinggan, gelas dan cawan. Bagi saya, saya memilih untuk mengumpul mug. 

Koleksi Mug Arcoroc

Jenama Arcoroc ialah jenama yang popular di Perancis. Rekaan dan buatan bagi jenama Arcoroc kebanyakkan " clear glass " iaitu kaca jernih. Kaca jernih kebanyakkan digunakan direstoren dan hotel- hotel terkemuka. Kelahiran kaca dari Arcoroc juga tahan lasak dan tahan panas. Mungkin sesetengah orang akan terasa bosan dengan kaca Arcoroc kerana tiada corak Yang dipamerkan pada badannya.

Koleksi Mug Glasbake

Vintage Glasbake mug USA 🇺🇸 jarang-jarang kita jumpa dengan jenama ini. Syarikat Glasbake sangat popular di Amerika Syarikat 🇺🇸. Kebanyakkan mug dari Glasbake banyak periklanan contoh seperti Dunkin & Dounat, Mc Donald's, Burger King dan lain-lain lagi. Selain daripada pengiklanan ada juga kartun dan juga alam semula jadi seperti bunga dan buah-buahan.
Koleksi mug glasbake. Versi 1.0. Paling susah untuk ditemui.🇺🇸



Koleksi Mug Luminarc

Jenama Luminarc buatan Perancis 🇨🇵 memang terkenal bagi ibu-ibu didapur. Jenama Luminarc ialah jenama sebaris dengan adik-beradiknya iaitu Arcopal. Jadi tidak hairan lah keluaran dari Arcopal lebih kurang sama dari keluaran Luminarc. Rekaan Luminarc lebih moden dan temporary. Kualiti Luminarc dipertingkatkan mutu ketahanan kaca yang berteknologi tinggi dari Perancis 🇨🇵. Kacanya tahan lasak, panas dan mudah untuk dicuci. Jadi jenama Luminarc saya milih untuk buat koleksi mug sahaja. 
Koleksi mug Luminarc cerah. Versi 1.0.🇨🇵


 Koleksi mug Luminarc Foliage. Versi 1.0.🇨🇵

Koleksi mug Luminarc Elise. Versi 1.0.🇨🇵

Koleksi Mug Federal Glass

Koleksi mug dari Federal Glass Company yang berpengkalan di Ohio, Amerika Syarikat 🇺🇸. Tidak kurang hebatnya syarikat ini setanding dengan Glasbake, Anchor Hocking dan juga yang lain dari syarikat pembuatan kaca. Semestinya jenama dari mug ini jarang dijumpai dinegara kita. Jenama ini boleh diketogerikan vintage, retro dan klasik. Banyak lagi mug ini di pasaran Amerika 🇺🇸. Kalau ada kawan atau saudara-mara yang mahu berkunjung kesana, bolehlah dikirimkan melalui mereka. Haha... Selamat berburu kepada peminat milk glass mug!!
Koleksi dari bintang kelahiran zodiac. Tinggal lagi 8 biji untuk lengkapkan satu set bintang kelahiran.

Hanya 4 set ditemuai setakat ini. Versi 1.0.

Koleksi daun terok. 

Irish coffee. 

Koleksi dari Disney. Versi 1.0.


Koleksi mug tinggi. Versi 1.0.

Koleksi Mug Anchor Hocking

Vintage koleksi mug dari Anchor Hocking USA 🇺🇸. Pencarian mug dari Anchor Hocking sangat susah di negara kita, yang paling banyak ditemui hanyalah cawan dan pinggan mangkuk dari produk ini. Mug pengiklanan dan juga watak kartun yang paling susah untuk ditemui. Kalau jumpa pun nasib-nasib lah, rezeki namanya. Ia diketogerikan " Hardly Find ". Tambah lagi model dari fire king buatan USA 🇺🇸 tidak dikeluarkan lagi selepas kilangya di Lancester Ohio, Amerika Syarikat 🇺🇸 ditutup akibat mengalami masalah kewangan. Ramai pekerja di berhentikan. Jadi syarikat Anchor Hocking menjual kesemua sahamnya kepada syarikat Jepun 🇯🇵. Nama baru bagi keluaran mug ini di panggil " Fire King 2000 " setelah di keluaran di Jepun 🇯🇵. Hari ini kita boleh lihat mug keluaran Fire King 2000 ini dipasaran Jepun 🇯🇵 dan mungkin boleh didapati di Negara lain juga. Belian atas talian disediakan.

Milk Glass mug keluaran syarikat Anchor Hocking 🇺🇸 fire king serta oven proof.

Mug bermotifkan Alam semula jadi.

Hasil hunting dimerata-rata tempat termasuklah dari flea market dan atas talian.🇺🇸

Negeri Texas. The lone star state.🇺🇸

Negeri Mississippi. Mississippi river.🇺🇸

Negeri Alabama. Sweet home Alabama!!!.🇺🇸


Kombinasi dari mug fire king.🇺🇸

Satu lagi nak cukupkan 1 set Encore. Versi 1.0.🇺🇸

🇺🇸

Mug putih dari Anchor Hocking fire king.🇺🇸

Nos Versi Garfield. 🇺🇸

Versi Garfield dan Disney. 🇺🇸

Monday 21 October 2019

Koleksi Mug Arcopal

Koleksi mug keluaran arcopal France 🇨🇵. Dibuat di Arques, Perancis 🇨🇵 yang terletak bahagian utara. Jenama arcopal ini di bawah ARC International dimana jenama terdiri dari Arcoroc, Arcuisine, Arcoflam, Cristal De Arques serta Luminarc. Jadi jenama Arcopal sangat dikenali umum dinegara kita. Sebut saja Arcopal pssti ramai mengenalinya. Bagi jenama Arcopal, saya memilih untuk mengumpul mug kartun dan pengiklanan.

Kombinasi mug espresso.🇨🇵

Kombinasi pelbagai saiz mug.🇨🇵

Kombinasi versi 1.0.🇨🇵

Merah, biru, kuning.🇨🇵


Cadbury dengan prince wedding coffee mug.🇨🇵

Barisan mug daripada Prince Charles wedding. Edisi sempena perkahwinan diraja Britain. Edisi 1.🇨🇵

 Barisan yellow tulips versi 0.1.🇨🇵

Scania versi 0.1.🇨🇵

Barisan mug dari Cadbury's United Kingdom 🇬🇧. 🇨🇵




Kombinasi 3 corak berlainan.


Kombinasi 4 corak berlainan.

Rastourant. 

Brown onion. 












 







Sunday 13 October 2019

Hari Collectors Big Bite Bangi

Hari ini dan semalam berlangsungnya hari collectors big bite di Southville Bangi Selangor. Gambar dibawah menunjukkan pelbagai jualan prelove, antik dan bundle. Program ini dianjurkan oleh Mah Sing Group.
Terikh : 12 & 13 Oktober 2019
Waktu : 10a.m - 11p.m.












Saturday 12 October 2019

Vintage Arcopal Mug Pimprenelle

Vintage Milk Glass Arcopal Mug Pimprenelle. Corak yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan paling banyak dijumpai berbanding corak geometri, kartun dan pengiklanan. Kemungkinan dealer Arcopal dulu-dulu suka corak alam semula jadi. Jadi corak yang lain jarang dijumpai di Negara kita. Yang ada pun hanya sedikit sahaja. Yang lain kebanyakkan beli dari luar negara dan kedai barangan terpakai dari luar negara di bawa masuk ke Malaysia 🇲🇾.

Pimprenelle. 



Cop dari arcopal France 🇨🇵.

Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang