Friday 20 May 2016

JAJ/Pyrex England WESTMINSTER!!!........


Pyrex Westminster dilahirkan pada Januari 1981 di Sunderland England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿. Corak ini hanya untuk pasaran Asia Tenggara (South East Asia) sahaja termasuk Malaysia dan Singapura. Corak sebegini jarang dilihat diluar negara, terutama negara eropah dan sebagainya termasuk negara kelahirannya sendiri. Ada juga pengumpul dari sana minta beli Pyrex Westminster ni. Tapi susah nak post satu hal, harga posting pun satu hal lagi mahalnya. Satu hal laginya takut pecah. Set hidangan Pyrex amat popular dihidangkan semasa hari Raya Aidilfitri. Kalau dapat dilihat disini semasa berkunjung ke rumah saudara-mara mahupun sahabat handai, set Pyrex ini ada juga dihidangkan diatas meja semasa hari Raya. Tetapi tidak sebanyak corak Autumn Glory, June Rose dan Chelsea, ketiga-tiga corak tersebut memang banyak ditemui semasa dihidangan pada Hari Raya. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga corak tersebut amat popular di negara kita dan senang ditemui didalam gobok lama. 

513 Casserole. 

Casserole. 

505 Casserole. 

535 Roadster baker. 

711 butter dish. 
Masih mencari 5 biji lagi. Rasenya sekarang harga dah meningkat naik. 

662 cereal bowl. 
Pun sama masih mencari lagi untuk lengkapkan setnya. 

657 sugar dish. 

653🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿🇬🇧
Limited Edition Plate. 
Yang ni paling susah nak dapat. Kalau dapat beruntunglah badan. 


654 plate. 

626 saucer. 

Cup and saucer. 

Set cawan belum lengkap lagi. Masih mencari 2 biji lagi.

 Paling susah nak jumpa. 

Set creamer Westminster. Nasib badan jumpe jugak akhirnya. Dah lama mencari akhirnya timbul jugak. 

Cereal bowl and sugar bowl. 

Westminster plate and saucer. 

Westminster plate and saucer. 
Ni pun sama tak cukup jugak setnya. Masih mencari lagi. 

Complete set casserole. 

Westminster ada beberapa set lagi yang belum dapat antaranya bekas tiga segi. Rasanya yang tiga segi pun paling payah nak dapat. 

WESTMINSTER
Koleksi masih tak cukup lengkap. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿🇬🇧

Westminister January 1981.

Westminister versi 1.0




Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang