Thursday 28 December 2017

Proses Baik Pulih Basikal Raleigh Batu Tiga 28

Setelah bertahun-tahun tersadai di dalam stor rumah. Sampai sekarang masih belum ada masa untuk baik pulih basikal ni. Basikal ini dahulunya sebuah Beca. Tetapi tuan lamanya sudah uzur dan tidak terdaya untuk mengayuhnya. Rangka basikal ini berjaya diselamatkan sebelum ia dijual kepada kedai besi buruk. Banyak lagi part-part yang perlu dicari, ia mungkin memakan masa dan wang ringgit untuk menyiapkan sesebuah basikal yang kebanyakkan hilang part-part penting.

Logo dari pemasangan kilang basikal Batu Tiga.


The Raleigh Batu Tiga Malaysia.

Masih tergantung di dalam stor rumah.

Masih tergantung. Status pun tergantung juga.

Banyak part yang perlu di cari dan ditambah.









Friday 10 November 2017

Bangi Vintage Festival November 2017

Bangi Vintage Festival Bermula pada 3, 4 dan 5hb November 2017











 Seluar Jeans Levi's



 Logo Basikal Raleigh Nottingham



Kasut Converse lama. Barang Vintage.

Tuesday 24 October 2017

Friday 13 October 2017

Monday 9 October 2017

Basikal Tua Keluaran Kilang Batu Tiga Malaysia

Raleigh Cycles (Malaysia)Berhad, Batu Tiga Industrial Estate Batu Tiga Selangor Malaysia. Itu lah alamat yang dapat diperolehi dari maklumat yang sedia ada. Basikal dari keluaran Raleigh Batu Tiga dahulunya lokasi dan pemasangan yang terletak di kilang Batu Tiga Shah Alam Selangor. Dikatakan pada sekitar tahun 60an atau 70an ia mula beroperasi di Malaysia. Tidak kurang hebatnya jenama basikal ini dari keluaran Batu Tiga kerana ia dipasangkan di Malaysia. Kita patut berbangga kerana jenama syarikat basikal yang terbesar dan popular di dunia iaitu Raleigh yang ber-ibu pejabat di Nottingham England, membina kilang pemasangan basikalnya di Malaysia pada ketika itu. Namun tidak banyak maklumat dan infomasi yang dapat mengenai basikal keluaran dari Raleigh Batu Tiga ini. Terdapat syarikat pengedaran basikal Raleigh pada ketika itu, ialah syarikat Robinson & Co Ltd. Syarikat pengedar tersebut ada di Mounbatten Road Kuala Lumpur, 10-G Farqubars St. Penang dan Raffles Place Singapore pada ketika itu. Masih ada lagi ke syarikat tersebut beroperasi???.. Mestilah dah tutup gedungnya itu. Selain syarikat Robinson, syarikat Raleigh Cycles (Malaysia) Berhad menjadi ejen pengedar basikalnya sendiri. Ada sedikit perbezaan antara Raleigh Batu Tiga dengan Raleigh Nottingham iaitu nombor siri basikalnya. Selain dari jenama Raleigh, jenama Robin Hood, Hercules, Ray dan New Hudson ada juga keluaran kilang basikal dari Batu Tiga. Buatan basikal dari kilang batu tiga ini juga di eksport ke Thailand, Indonesia, Singapura dan juga Australia. Kalau ada infomasi terkini mengenali keluaran dari Batu Tiga boleh tinggalkan komen ruangan dibawah. 


EMBLEM DARI KELUARAN BATU TIGA MALAYSIA 🇲🇾

Tertera di logo basikal " The Raleigh Batu Tiga Malaysia".


BASIKAL RALEIGH BATU TIGA SAIZ 28 GENTS.

Yeah.... akhirnya dapat juga cari basikal Raleigh Batu Tiga ni. Kilang basikal ini terletak di Batu Tiga Shah Alam Selangor. Dikatakan ia dibuka pada sekitar tahun 1969 an lagi.  Banyak part-part basikal yang perlu ditambah. 

 The Raleigh Batu Tiga Malaysia.

Emblem

Pandangan Sisi Tepi.

 Pandangan Tepi.

Pandangan atas.

 Handle cap orang tua atau logo Raleigh Industries. Ada kesan welding sedikit.

 SN : AA4442
Tahun buatan tidak dapat dikenal pasti.

 Kotak rantai jenama Foot England. Jenama lain sikit, tapi ngam boleh masuk.

Pandangan Hadapan. Masih banyak aksesori yang perlu ditambah lagi.




VIDEO BASIKAL TUA DARI KELUARAN BATU TIGA MALAYSIA ATAU KHAZANAH BATU TIGA

Basikal Tua Raleigh Batu Tiga Saiz 28, hasil tangkapan di Bentong Pahang.

Basikal Tua saiz 26 milik Peserta Kayuhan Masjid Putrajaya pada bulan Disember 2022. 

Sebuah Basikal Tua Raleigh Batu Tiga yang berada di kedai kopi klasik Rhebe di Termeloh Pahang.


Basikal Tua Robin Hood 26 Gents kelauaran dari Batu Tiga Malaysia. Basikal ini milik Peserta Kayuhan Masjid Putra di Putrajaya padan bulan Disember 2022.






Jambatan Keretapi FMSR Kg Seluang