Sunday, 13 October 2019

Hari Collectors Big Bite Bangi

Hari ini dan semalam berlangsungnya hari collectors big bite di Southville Bangi Selangor. Gambar dibawah menunjukkan pelbagai jualan prelove, antik dan bundle. Program ini dianjurkan oleh Mah Sing Group.
Terikh : 12 & 13 Oktober 2019
Waktu : 10a.m - 11p.m.












Saturday, 12 October 2019

Vintage Arcopal Mug Pimprenelle

Vintage Milk Glass Arcopal Mug Pimprenelle. Corak yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan paling banyak dijumpai berbanding corak geometri, kartun dan pengiklanan. Kemungkinan dealer Arcopal dulu-dulu suka corak alam semula jadi. Jadi corak yang lain jarang dijumpai di Negara kita. Yang ada pun hanya sedikit sahaja. Yang lain kebanyakkan beli dari luar negara dan kedai barangan terpakai dari luar negara di bawa masuk ke Malaysia 🇲🇾.

Pimprenelle. 



Cop dari arcopal France 🇨🇵.

Saturday, 5 October 2019

Pasar Karat Rope Walk @ Jalan Kulit

Hari ini berkesempatan untuk hunting ke Pasar Karat yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Rope Walk atau Pasar Karat Jalan Kulit. Tapi sayangnya sampai di sana lambat dan hujan turun secara tiba-tiba. Tidak berkesempatan untuk menjengok ke tempat lain sebab peniaga sudah kemaskan barang masing-masing kerana hujan sudah pun turun. Mungkin Kali ini tiada rezeki yang memuaskan. Mungkin lain kali. Beberapa gambar yang hanya sempat diambil. Dibuka setiap hari dari awal pagi se elok-eloknya lepas subuh sehingga jam 12:00 tengahari. Waktu yang paling orang bagi cadangan adalah pada hari sabtu dan ahad. Pada hari minggu ramai peniaga yang turun, kemungkinan barangan yang kita mahu ada pada hari tersebut.




Hasil tangkapan dari road walk. Emblem empire cycle dengan Raleigh Nottingham.

Friday, 4 October 2019

Kedai Okidz Bundle Kuang Selangor

Kedai bundle Okidz terletak ditepi jalan iaitu Jalan Kundang, Kampung Setia menghala ke tasik biru kundang. Kalau sesiapa yang nak ke tasik biru kundang boleh lah singgah di kedai bundle ni yang terletak di Kuang. Dengan dekorasi basikal tua menarik hati ku untuk singgah di kedai ini. Pakaian lelaki, perempuan dan kanak-kanak turut dijual disini.

Pelbagai poster turut diletakkan didalam kedai.


Jenis basikal tua Hercules yang tergantung diatas menjadi dekorasi kedai ini.


Antara hiasan bendera Amerika.


Antara baju, seluar dan beg sekali dijual disini.

Susunan beg dan baju.

Keadaan basikal masih utuh.


Photo Frame dari Sterling Silver