Saturday 26 October 2019

Koleksi Mug Anchor Hocking

Vintage koleksi mug dari Anchor Hocking USA 🇺🇸. Pencarian mug dari Anchor Hocking sangat susah di negara kita, yang paling banyak ditemui hanyalah cawan dan pinggan mangkuk dari produk ini. Mug pengiklanan dan juga watak kartun yang paling susah untuk ditemui. Kalau jumpa pun nasib-nasib lah, rezeki namanya. Ia diketogerikan " Hardly Find ". Tambah lagi model dari fire king buatan USA 🇺🇸 tidak dikeluarkan lagi selepas kilangya di Lancester Ohio, Amerika Syarikat 🇺🇸 ditutup akibat mengalami masalah kewangan. Ramai pekerja di berhentikan. Jadi syarikat Anchor Hocking menjual kesemua sahamnya kepada syarikat Jepun 🇯🇵. Nama baru bagi keluaran mug ini di panggil " Fire King 2000 " setelah di keluaran di Jepun 🇯🇵. Hari ini kita boleh lihat mug keluaran Fire King 2000 ini dipasaran Jepun 🇯🇵 dan mungkin boleh didapati di Negara lain juga. Belian atas talian disediakan.

Milk Glass mug keluaran syarikat Anchor Hocking 🇺🇸 fire king serta oven proof.

Mug bermotifkan Alam semula jadi.

Hasil hunting dimerata-rata tempat termasuklah dari flea market dan atas talian.🇺🇸

Negeri Texas. The lone star state.🇺🇸

Negeri Mississippi. Mississippi river.🇺🇸

Negeri Alabama. Sweet home Alabama!!!.🇺🇸


Kombinasi dari mug fire king.🇺🇸

Satu lagi nak cukupkan 1 set Encore. Versi 1.0.🇺🇸

🇺🇸

Mug putih dari Anchor Hocking fire king.🇺🇸

Nos Versi Garfield. 🇺🇸

Versi Garfield dan Disney. 🇺🇸

No comments:

Post a Comment